Background

[English and Bahasa Malaysia on this page]

 

Dato’ Sarimah Ahmad is one of the most well-known faces in Malaysian films and dramas. Which is why it’s unusual; that a person of her status has no official website. So this website is dedicated to the person she is, albeit unofficial — a simple one because it’s too obvious that I don’t have a lot of information on her.

Sarimah’s first film involvement, Ali Baba Bujang Lapok in 1961, sky-rocketed her name to stardom. Since then, there was no turning back. Her beauty, elegance and talent made her one of the Malay film icons, especially during the heyday of Studio Jalan Ampas in Singapore.

Sarimah was always on the covers of popular movie magazines in Malaya and Singapore since 1960’s, being one of the most beautiful stars at that time. She was also selected as a model for Max Factor beauty products.

She used to own a beauty centre called Pusat Kecantikan dan Persolekan Sarimah (Sarimah’s Beauty and Cosmetics Centre), and almost produced her own beauty products, Sarima in 1984. However, it didn’t fall through due to the death of her second husband, Yusof Majid. She did, though, compile her beauty secrets passed down from her mother in Petua Kecantikan Daripada Luar Dan Dalam (Secrets of Inner and Outer Beauty) which was released in 2003.

Sarimah is currently residing in Kuala Lumpur. She is kept busy with her writing and acting involvement (although I have to say that I haven’t seen her on TV or silver screen for some time now, since Cinta Madinah).

Datuk Sarimah Ahmad was born on 28th April 1942 in Pulau Rusa, Pekan, Pahang. She was 19 when she appeared in her first film, Ali Baba Bujang Lapok in 1961.

One of the films which she starred in, Ibu Mertuaku, won Best Black and Normal Photography at the 10th Asian Film Festival in 1963. In 1981, she was awarded Best Actress (Dia Ibuku) at the 2nd Malaysia Film Festival.

Today, although in her 60’s, Sarimah still looks attractive and maintains her figure. She is now a grandmother and a single mother of six. She was married four times to Zulkifli Ahmad, Yusof Majid, Senator Dr. Nordin Selat and Datuk Paduka Pengiran Hidup Hashim.

If you have any more information on Sarimah, please feel free to share.

————————————

Datuk Sarimah Ahmad adalah salah seorang pelakon yang terkenal dalam industri filem dan drama Malaysia. Atas sebab itulah laman web yang ini direka; didedikasikan kepada seorang pelakon tanah air – ringkas sahaja kerana saya tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai beliau.

Filem pertama Sarimah, Ali Baba Bujang Lapok (1961) telah melonjakkan nama beliau. Sejak dari itu, beliau tidak menoleh ke balakang lagi. Dengan bakat, rupa dan keanggunannya, Sarimah menjadi ikon filem Melayu, terutamanya pada zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas di Singapura.

Sarimah sentiasa menghiasi kulit muka majalah-majalah hiburan di Malaya dan Singapura sejak 1960’an. Kerana kecantikannya juga, beliau menjadi model produk kecantikan Max Factor.

Beliau pernah memiliki pusat kecantikan Pusat Kecantikan dan Persolekan Sarimah and hampir melancarkan produk kecantikannya sendiri, Sarima pada 1984. Tetapi, ianya tergendala atas kematian suaminya keduanya, Yusof Majid. Walau bagaimana pun, Sarimah telah mengumpul rahsia kecantikan yang diturunkan oleh ibunya dalam Petua Kecantikan Daripada Luar Dan Dalam, yang diterbitkan dalam tahun 2003. Beliau juga telah menerbitkan sebuah lagi buku dalam subjek yang berkaitan baru-baru ini.

Sarimah sekarang menetap di Kuala Lumpur. Beliau kini sibuk dengan penulisan dan lakonan (walaupun tidak kelihatan di kaca TV atau layak perak, sejak Cinta Madinah).

Datuk Sarimah Ahmad dilahirkan pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan, Pahang. Beliau berusia 19 tahun apabila beliau muncul dalam filem pertamanya, Ali Baba Bujang Lapok dalam tahun 1961.

Salah satu filem yang Sarimah bintangi, Ibu Mertuaku, telah memenangi anugerah Fotografi Hitam dan Biasa Terbaik di Festival Filem Asia Ke-10 pada tahun 1963. Pada tahun 1981, beliau dianugerahkan Pelakon Terbaik (Dia Ibuku) di Festival Filem Malaysia Kedua.

Hari ni, walaupun sudah menjangkau 60’an, Sarimah masih lagi kelihatan cantik dan bergaya. Beliau sekarang adalah seorang nenek dan ibu tunggal dengan enam orang anak. Sarimah pernah berkahwin empat kali dengan Zulkifli Ahmad, Yusof Majid, Senator Dr. Nordin Selat and Datuk Paduka Pengiran Hidup Hashim.

Jika anda mempunyai maklumat tambahan, sila kongsi bersama.

————-

More on Datuk Sarimah Ahmad: sinemamalaysia.com.my

Lagi tentang Datuk Sarimah Ahmad: sinemamalaysia.com.my

.