Sarimah ceburi perniagaan (2011)

04/10/2011
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Sumber: www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd

KINI Sarimah yakin dengan produk stem cell keluaran Fablous Global Sdn. Bhd. (Gambar: IZHAM JAAFAR)

MENYEDARI ketahanan tubuh badannya tidak kuat disebabkan penyakit kanser hidung dan otak, Datuk Sarimah Ahmad sering menolak apabila dicadangkan membuat pembedahan.

Sarimah, 68, lebih rela menyerahkan segala-galanya pada takdir Allah daripada melakukan pembedahan walaupun apabila dikesan ada penyakit itu pada 20 April tahun lalu dan doktor meramalkan yang dia hanya ada tempoh tiga bulan untuk hidup.

Menurut seniwati itu, bukan dia tidak yakin dengan kepakaran doktor, namun dia tahu sejauh mana kekuatan tubuhnya jika menjalani pembedahan.

Kata Sarimah, dia pernah tengok salah seorang saudaranya koma selepas menjalani pembedahan dan situasi itu membuatkannya trauma.

Justeru, bagi mengatasi penyakitnya itu, Sarimah tidak berhenti mencuba pelbagai produk kesihatan sebagai rawatan alternatif di samping mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran serta meminum air Zamzam sebagai penawar.

“Selama tiga tahun, sebelah badan saya lemah. Waktu itulah saya banyak menghabiskan masa di rumah kerana tidak mahu orang lain melihat kelemahan saya.

“Di waktu yang sama saya juga cuba pelbagai cara untuk mengatasi penyakit ini tanpa melakukan pembedahan. “Alhamdulillah, sejak mengamalkan produk Plant Stem Cell Swiss Technology empat bulan lalu, saya dapat rasakan perubahan pada tubuh,” katanya yang ditemui pada majlis memperkenalkan produk yang digunakan untuk merawat penyakitnya itu.

Turut hadir, Pengarah Urusan dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Fablous Global Sdn. Bhd., Ainuddin Hasim dan Musharuddin Mohd.

Sarimah yang merupakan Pengerusi Fablous Global Sdn. Bhd., yang memasarkan produk berasaskan minuman Stem Cell tumbuhan itu berkata, kini badannya terasa segar.

Katanya lagi, dia yakin dengan produk yang digunakan. Sebab itu, dia tidak menolak untuk melabur dalam syarikat yang memasarkan produk tersebut.

“Sebelum ini saya mendapat banyak tawaran menjadi duta pelbagai makanan tambahan tetapi saya tolak. Saya tidak mahu menipu orang ramai.

“Bagaimanapun apabila mencuba produk kesihatan berasaskan Stem Cell, saya tahu produk ini boleh membantu saya dan orang lain.

“Setelah mencuba dan merasai perubahannya, saya boleh bercerita pada orang lain. Selain membantu meringankan penyakit, saya juga ingin mengajak orang berniaga,” katanya terus terang.

Dalam usaha untuk menguar-uarkan produk itu kepada orang ramai, Sarimah bersama barisan artis seperti Siti Nordiana, Boy Iman, Mama Rina, Din Belon dan Pian Cecupak akan menjayakan road tour.

Majlis Pelancaran Fablous Oleh Dato’ Sarimah Ahmad Pada 23 Julai 2011 (Gambar: myapplelady.blogspot.com)

© Utusan Melayu (M) Bhd

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s