Sarimah Ahmad Dilantik Pengerusi Kehormat Karyawan (2011)

Rabu Jun 15, 2011
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Sumber: mstar.com.my

Dari kiri Freddie Fernandez, Sarimah dan Dr Mohammed M. Daud (Gambar: mstar.com.my)

PETALING JAYA: Pelakon veteran, Datuk Sarimah Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Kehormat, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) sementara bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr Mohammed M. Daud dilantik sebagai penasihat persatuan itu.

Menurut Presidennya, Datuk Freddie Fernandez, lebih 3,000 ahli Karyawan sebulat suara memilih kedua-duanya dan menganggap mereka mempunyai kredibiliti yang kuat untuk memegang jawatan itu.

“Pelantikan ini secara dasarnya adalah untuk memantapkan lagi pentadbiran Karyawan ke tahap yang lebih tinggi.

“Datuk Sarimah merupakan ikon besar seni tanah air yang mampu memajukan agenda Karyawan kepada pihak penaja manakala Datuk Dr Mohammed mempunyai banyak pengalaman bekerja dengan kerajaan serta memahami cara untuk membuat keputusan membabitkan aktiviti seni,” katanya.

Dia mengharapkan dengan pelantikan tersebut, Karyawan dapat merubah keadaan yang berlaku sebelum ini dan sering dilanda pelbagai masalah.

“Saya harap mereka dapat merubah nasib dan memberikan sokongan kepada Karyawan.

“Pelantikan mereka boleh mengukuhkan lagi keadaan Karyawan. Saya gembira apabila mereka menerima tawaran ini,” ujarnya.

Seramai 30 ahli Karyawan yang hadir ke majlis sidang media pengumuman pelantikan jawatan penasihat dan pengerusi kehormat di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur dekat sini, Selasa.

Mereka adalah Datuk Yahya Sulong, Mariani, Datuk M Daud Kilau, Aspalela Abdullah, Salwa Abdul Rahman dan Ibnor Riza.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s