Sarimah Ahmad di “Dialog Getaran Jiwa: Irama, Lagu dan Sastera” (2011)

2011-05-24
Sumber: Klik Web DBP

Hilangnya Nilai Sastera dalam Lirik Lagu?


Panel sesi dialog dari kiri En. Hairul Anuar, Puan Habsah Hassan, Prof. Madya Lim Swee Tin (pengerusi) dan En. Ad Samad.

TIADA lagi nilai estetika Melayu dalam lirik dan melodi lagu dewasa ini. Penulis lirik seperti “melepaskan batok di tangga sahaja”. Lirik yang dihasilkan hanya untuk memenuhi tuntutan nota lagu yang disulami dengan penggunaan tatabahasa yang salah tanpa lirik tersebut dapat dihayati sepenuhnya. Demikian antara suara hati penulis lirik lagu terkenal, Puan Habsah Hassan.

“Penulisan lirik ibarat puisi popular atau cerpen. Pengalaman diri yang akan menyumbang kepada penghasilan lirik yang bagus. Kebiasaannya lirik penuh seni dan sastera ini hanya muncul dalam lagu tradisional sahaja. Lirik adalah makanan rohani yang meresap ke dalam jiwa setiap penulis lirik,” tambah beliau lagi.

Demikian antara hujah dan pandangan Puan Habsah Hassan, salah seorang ahli panel dalam sesi “Dialog Getaran Jiwa: Irama, Lagu dan Sastera” yang diadakan di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 24 Mei lalu. Selain Puan Habsah, panel yang lain, iaitu Encik Ad Samad dan Encik Hairul Anuar Harun turut membicarakan isu penulisan lirik lagu ini. Ketiga-tiganya beranggapan bahawa penguasaan bahasa dan sastera amat penting dalam penghasilan lirik dan bukan hanya menumpukan soal melodinya sahaja. Lirik yang menyimpang makna dan kurang nilai estetikanya akan mencacatkan sesuatu lirik lagu itu.

Sesi dialog yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Lim Swee Tin turut dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dihadiri oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez, Dato’ Sarimah Ahmad, Datin Paduka Julie Sudiro, penyanyi Suhaimi Mior Hassan, pengarah Raja Azmi, Sofea Jane dan beberapa orang artis tanah air. Seramai kira-kira 250 orang yang hadir pada sesi tersebut.

Selepas sesi dialog, para tetamu dihidangkan dengan persembahan deklamasi puisi oleh Ketua Pengarah DBP, Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz, Datuk Freddie Fernandez, Dato’ Sarimah Ahmad, dan Prof. Madya Lim Swee Tin, Selain itu, beberapa orang artis termasuk Datin Paduka Julie Sudiro, Suhaimi Mior Hassan, Imuda, dan artis baru Ikhwal Hafiz turut menyumbangkan lagu pada majlis tersebut.

Sarimah Ahmad mendeklamasi sajak di “Dialog Getaran Jiwa: Irama, Lagu dan Sastera”

Sarimah Ahmad di “Dialog Getaran Jiwa: Irama, Lagu dan Sastera”

Sarimah Ahmad di “Dialog Getaran Jiwa: Irama, Lagu dan Sastera”

Sumber: Klik Web DBP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s