Sarimah terima ijazah APACMA (2012)

8 Julai 2012  |
Berita dari: www.utusan.com.my
Gambar dari: gayungghaibnegeriperak.blogspot.com

KUALA LUMPUR 7 Julai – Seniwati veteran, Datuk Sarimah Ahmad, 70, dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat Perubatan Alternatif dari Asia Pacific Open University of Martial Arts (APACMA).

Sarimah akan menerima anugerah itu pada satu majlis konvokesyen yang akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Telekom, Menara Telekom, di sini.

Sarimah berkata, beliau benar-benar bersyukur dengan penghormatan yang diberikan oleh universiti tersebut.

“Alhamdulillah, masih ada yang mengingati saya biarpun dalam usia sebegini. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak universiti atas penganugerahan itu.

“Sebelum ini, saya pernah menerima Anugerah Selendang Kehormat Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Lincah dan tidak sangka pula akan menerima anugerah berkaitan daripada universiti yang khusus dalam bidang seni bela diri,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden universiti itu, Dr. Zam Abdul Razak berkata, pemilihan Sarimah dibuat atas dasar latar belakang seniwati itu yang bukan sahaja pakar dalam bidang persilatan, malah perubatan tradisional bagi wanita bersalin.

“Mungkin tidak ramai dalam kalangan kita mengetahui Sarimah seorang yang berbakat dalam bidang seni bela diri dan perubatan tradisional,” katanya.




.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s