Majlis Santai Mesra Bersama Seniman Dan Seniwati Legenda Dan Penyampaian Cek Duti Hiburan (2009)

Rabu Dis 23, 2009
Sumber: Berita FINAS

Ketua Pengarah Finas menyampaikan buku Nostalgia Filem Melayu Klasik kepada seniman dan seniwati

GALERI PERFILEMAN FINAS 21 Dis. – Industri perfileman tanah air pada zaman keemasannya dulu, banyak menghasilkan filem yang berkonsepkan bangsawan, kepahlawanan dan legenda rakyat tempatan. Terdapat hampir 90 buah filem Melayu yang diterbitkan dengan mengangkat tema filem bangsawan dan legenda.

Justeru itu, sebagai menghargai jasa dan sumbangan para Seniman dan Seniwati terdahulu satu Majlis Santai Mesra bersama Seniman dan Seniwati Legenda telah diadakan pada 21 Disember 2009 (Isnin) jam 10.30 pagi bertempat di Galeri Perfileman FINAS, Jalan Pahang Kechil, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Mahyidin Mustakim selaku Ketua Pengarah FINAS dengan dihadiri bintang-bintang legenda iaitu YB Senator Tan Sri Datuk (Dr) Jins Shamsudin, Dato’ Mustapha Maarof, Datuk Aziz Sattar, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Maria Menado, Datin Umi Kalthum, Datin Rosnani Jamil dan Mariani.

Barisan seniman dan seniwati. Datuk Sarimah Ahmad: lima dari kanan.

Seniman dan Seniwati legenda telah membawa tetamu mengimbau kembali kegemilangan filem Melayu dengan menceritakan sendiri pengalaman berlakon dan kejadian menarik yang berlaku disebalik tabir penggambaraan filem seperti Anak Buluh Betong, Sri Mersing, Seniman Bujang Lapok, Labu Labi, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan Lanchang Kuning.

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan penyampaian cek Duti Hiburan kepada lapan pengeluar filem tempatan yang layak iaitu MIG Production Sdn Bhd, Primeworks Studio Sdn Bhd, Skop Productions Sdn Bhd, KRU Studios Sdn Bhd, Da Huang Pictures Sdn Bhd, Les Copaque Production Sdn Bhd, Galaksi Seni Sdn Bhd dan Vision Works (M) Sdn Bhd.

Copyrights reserved by FINAS.
.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s