Tiga Program Kenang Jasa P. Ramlee

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my
ARKIB : 12/11/2010

Sumber di sini.

Rais Yatim memegang replika syiling sambil diperhatikan Freddie Fernandez (kanan) dan Ketua Pengarah Eksekutif KL Mint, Othman Abdullah (kiri) pada pelancaran Duit Syiling P. Ramlee di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan merancang mengadakan tiga program bagi memperingati jasa dan sumbangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, program yang akan dilaksanakan itu adalah pementasan kisah hidup seniman itu, pertandingan lagu-lagunya yang terbuka kepada semua kaum dan penulisan biografi Seniman Agung tersebut dari kaca mata mereka yang rapat dengan P.Ramlee semasa hayatnya.

“Program itu perlu diadakan bagi mengekalkan warisan yang ditinggalkan beliau dan usaha ini perlu dicontohi oleh semua pihak.

“Kementerian juga akan menjadikan program tersebut sebagai perintis bagi memperingati jasa seniman ulung negara itu pada masa akan datang,” katanya selepas melancarkan Duit Syiling P. Ramlee anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan syarikat KL Mint di Balai Seni Lukis Negara, hari ini.

Turut hadir, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez; pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dan pelakon veteran, Datuk Sarimah Ahmad.

Mengulas lanjut, Rais memberitahu, Galeri P. Ramlee akan turut dikemaskini agar ia menjadi lebih menarik dan bertaraf galeri antarabangsa.

Sementara itu, pada majlis tersebut, tiga jenis syiling peringatan yang mengabadikan P. Ramlee diperkenalkan dalam bentuk pakej pek emas, perak dan gangsa yang berharga RM3,500 dan turut disertakan dengan sijil dan nombor siri pembelian.

Bagi pembelian secara berasingan pula iaitu syiling perak berharga RM250 dan RM50 untuk syiling jenis tembaga.

Sebahagian hasil jualan syiling tersebut akan disumbangkan kepada Tabung Kebajikan Karyawan.

Pihak KL Mint juga akan membuka gerai jualan di Balai Seni Lukis Negara bermula esok hingga 12 Disember depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s