Pencak Silat: Jins, Sarimah terima anugerah selendang PSSLM

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
17/5/2007
Sumber asal di sini.

DIKTIRAF: Abdul Rahman (dua dari kiri) bersama penerima Selendang Kehormat PSSLM (dari kiri) Jins, Sarimah, Dr Koh dan Dr Ibrahim di Kepala Batas, hari lalu.

Jins menerima Anugerah Selendang Kehormat, manakala Sarimah menerima Anugerah Selendang Kehormat Tertinggi bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan tujuh yang lain.

Anugerah disampaikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas selaku Ulul Amri I PSSLM. Hadir sama, Mahaguru dan Pengasas PSSLM, Datuk Omardin Mauju.

Penerima lain termasuk Ahli Parlimen Kulim, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir; Ahli Parlimen Gombak, Datuk Dr Rahman Ismail dan Presiden Persatuan Silat Terengganu, Datuk Zubir Embong.

Turut tersenarai Naib Yang Dipertua PSSLM, Datuk Subahan Kamal; Bendahari Kehormat PSSLM, Datuk Ahmad Md Yassin; Yang Dipertua PSSLM Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid dan isteri Omardin, Datin Raja Hazizah Raja Ahmad.

Masing-masing menerima makhta iaitu tengkolok dan selendang bagi lelaki dan wanita menerima tudung dan selendang.

Penerima Anugerah Selendang Kehormat adalah Ketua Putera Umno, Datuk Azeez Abdul Rahim; Presiden Sukan Orang Kurang Upaya Bagi Timur Jauh dan Pasifik Selatan (Fesfic), Datuk Zainal Abidin Abu Zarin.

Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Norliza Rofli; aktivis masyarakat, Datuk Dr Ujang Bagong dan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Mutaffa Halabi Azahari.

Penerima lain, Presiden Silat Kalam, Zahalan Man; Syarifah Normadiah Syed Mohamed Al-Qadri iaitu anak Syed Mohamed Al-Qadri iaitu guru silat kepada Omardin; Ketua Penerangan PSSLM Pulau Pinang, Saufi Hamzah; ahli jawatankuasa PSSLM, Aidi Haris Annual dan Gan Soon Choon.

Sementara itu, ketika berucap Koh berkata, seni silat membantu seseorang menjadi kebal dalam aspek mental dan semangat untuk mengharungi cabaran semasa.

Beliau yang juga Penaung Seumur Hidup PSSLM berbangga kerana seni silat kini bukan saja dipelajari orang Melayu saja, malah bangsa asing.

“Ini menunjukkan silat berada pada tahap dunia dan ia sesuatu yang memang boleh dicapai,” katanya.

Jins ketika ditemui selepas majlis itu berkata, generasi muda termasuk artis baru wajar mempelajari silat kerana ia adalah antara warisan seni tertinggi negara.

“Silat jika dipelajari dan diamalkan dengan betul dapat membantu mencegah mereka terbabit dalam gejala sosial,” katanya.

Sarimah pula berkata, anugerah yang diterimanya adalah satu penghargaan tinggi kepada industri seni dan hiburan di negara ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s