Sarimah warisan Panglima Had

May 15, 2007 – Tuesday

Himpunan Perdana Dan Penganugerahan Tertinggit PSSLM 07

Sarimah warisan Panglima Had

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

PENGANUGERAHAN ini merupakan kesinambungan warisan nenek moyang yang diperturunkan sejak dulu lagi,” kata seniwati tersohor negara, Datuk Sarimah Ahmad.

Sarimah, 65, melahirkan rasa bangga dan terharunya dengan kepercayaan yang diberikan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) apabila menganugerahkan Selendang Kehormat Tertinggi, Sabtu lalu.

Katanya, dia cukup bertuah kerana menjadi ahli PSSLM dan penganugerahan kedua memberikan perhormatan tertinggi kerana memiliki warisan darah ‘Panglima Had’ dari warisan nenek moyang.

“Saya sebenarnya mempunyai keturunan Arab dan Melayu. Alhamdulillah, dengan pengiktirafan ini cukup membanggakan kerana segalanya tidak akan tercapai tanpa tunjuk ajar guru dan rakan persilatan,” katanya.

Baginya, sebagai insan seni yang sudah lebih 30 tahun berkecimpung dalam dunia perfileman, sememangnya ramai tidak mengetahui pembabitannya sebagai perintis ahli wanita dalam PSSLM.

“Segalanya bermula sejak 32 tahun lalu apabila saya membuka gelanggang awal di Petaling Jaya, Selangor pada 1975. Ketika itu hanya ada 30 pelatih saja.

“Bermula dari saat itu, PSSLM melatih saya supaya bersikap positif dan melatih mempertahankan diri selain menilai kekuatan dan kelemahan dalaman dan luaran diri kita sendiri.

“Sebenarnya silat ini baik kerana ianya mempunyai elemen fizikal, mental dan sipiritual yang tiada di mana-mana jika kita ingin mendalaminya,” katanya.

Sarimah berkata, pembabitan awalnya bersama Mahaguru dan Pengasas PSSLM sendiri, Datuk Omardin Mauju dan dirinya pernah dijadikan contoh terbaik anak murid yang ada.

Katanya, jika dilihat sendiri pembabitan dalam PSSLM sering ditonjolkan dalam filem lakonannnya dan sehingga ke hari ini dia terus mempelajari ilmu persilatan.

“Penganugerahan ini merupakan anugerah kedua yang saya terima selepas kali pertama pada 1975 dan ianya menjadi semangat dalam diri saya.

“PSSLM mampu mendidik diri ini menjadi seorang yang tidak alpa pada diri, bersikap angkuh dan lupa diri malah sering membanggakan diri jauh sekali.

Sarimah berkata, penganugerahan ini turut membuktikan golongan artis juga memainkan peranan penting dalam dunia persilatan tanah air dan jasa mereka turut diiktiraf.

Katanya, jika dulu dalam filem Melayu dunia persilatan diketengahkan dan zaman ini ianya masih ada tetapi rangkaiannya agak kecil namun secara tidak langsung, ia dapat membuka minda masyarakat daripada mengaitkan golongan artis dengan perkara negatif semata-mata kerana ramai yang tidak mengetahuinya.

“Cadangan saya agar bidang persilatan ini turut dikembangkan dalam dunia hiburan tanah air dan persilatan nenek moyang kita dulu turut dijaga dengan begitu baik dan sempurna.

“Silat merupakan satu amalan budaya dan seni mempertahankan diri orang Melayu sejak dulu. Ia terlalu indah jika kita berjaya mendalami dengan penuh keikhlasan,” katanya.

Majlis penganuerahan ini disempurnakan Ulul Amri I PSSLM, Tun Abdul Rahman Abbas yang juga Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Ia berlangsung di Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang dan turut memberi penghargaan kepada Senator Datuk Jins Samsudin yang menerima Anugerah Selendang Kehormat.

Sumber asal di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s