Seniwati Sarimah tarik balik saman RM1 juta

Sumber asal di sini.

Tuesday, April 27, 2010

KUALA LUMPUR 28 April – Seniwati Datuk Sarimah Ahmad hari ini menarik balik saman fitnah RM1 juta yang dikemukakan oleh beliau terhadap penerbit dan pencetak majalah The Malaysian Tatler, lima tahun lalu.

Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Balia Yusof Wahi merekodkan pembatalan kes tersebut dan tiada perintah bagi kos.

Kes itu sepatutnya dibicarakan hari ini.

Sarimah, 68, selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 17 Mei 2005 dengan menamakan penerbit majalah bulanan berbahasa Inggeris itu, Illustrated Magazine Publishing Sdn. Bhd. sebagai defendan pertama dan pencetaknya, Percetakan Osacar Sdn. Bhd. sebagai defendan kedua.

Pelakon veteran itu mengemukakan saman tersebut kerana mendakwa satu artikel bertajuk `Fast Amongst Equals’ dan dibawah tajuk kecil SARIMAH AHMAD yang disiarkan oleh majalah berkenaan pada Ogos 2001 telah memfitnah keperibadian dan pegangan agamanya.

Sumber asal di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s