Sarimah Berkongsi Rahsia Kecantikan

05 Februari 2010 |  Utusan Malaysia
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM

SARIMAH mengamalkan petua-petua tradisional dalam menjaga kecantikan dan kesihatan diri (Gambar: Utusan Melayu (M) Bhd)

MELIHAT heroin kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem-filemnya, pasti ramai tidak menyangka Datuk Sarimah Ahmadbakal menginjak usia 68 tahun April depan. Filem-filem lakonannya masih disiarkan di kaca televisyen dan sesiapa yang melihatnya ketika zaman muda pasti mengagumi kejelitaan beliau. Mengimbas kembali zaman mudanya, ternyata seniwati memiliki kecantikan semula jadi yang menjadi idaman setiap wanita.

Malah kecantikan heroin filem Madu Tiga dan Ibu Mertuaku itu masih terserlah walaupun usianya semakin meningkat dan kini sudahpun bergelar nenek. Badannya masih langsing, kulitnya putih berseri tanpa cela. “Pernah ketika saya berlakon Ranjau Sepanjang Jalan, ada yang menuduh kononnya saya memakai susuk memandangkan kaki saya tiada kudis walaupun melakukan penggambaran dalam sawah yang penuh dengan lintah,” katanya mengimbas kenangan silam.

Kata Sarimah, barangkali, ramai yang terlupa, wanita kampung sepertinya dikurniakan kecantikan semula jadi ditambah pula bijak mengurus diri selain mengamalkan petua-petua tradisional. Justeru, primadona filem Melayu tersohor ini tidak sama sekali percaya dengan pembedahan plastik untuk mencantikkan diri, susuk dan sebagainya kerana baginya tiada jalan mudah untuk apa yang diidamkan.

“Amalan tradisonal kini kembali mendapat tempat dalam masyarakat kita tetapi segelintir sahaja yang masih melakukannya. “Saya terpanggil untuk berkongsi amalan dan rahsia saya bersama orang ramai melalui bengkel kecantikan yang akan berlangsung tidak lama lagi,” ujarnya ketika ditemui dalam satu sidang akhbar Sehari Bersama Datuk Sarimah baru-baru ini.

Sarimah bakal mengadakan bengkel berkenaan di Hotel Royal Bintang Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 27 Februari ini. Dengan yuran RM300, bengkel yang diadakan secara eksklusif itu akan menjurus kepada kepentingan menjaga kesihatan dan pelakon berkenaan akan berkongsi pengalamannya daripada segi amalannya sejak kecil sehingga sekarang.

Bengkel yang diadakan dari pukul 9 pagi hingga 5 petang itu akan menyelitkan petua dan pantang larang yang diamalkan Sarimah semasa dalam berpantang selepas bersalin. Tambah Sarimah lagi, beliau juga akan menyelitkan demonstrasi senaman yang diamalkan olehnya selain berkongsi produk-produk tambahan yang diguna pakai olehnya.

Sarapan, makan tengah hari dan hidangan petang, cenderahati dan cabutan bertuah turut disediakan dan untuk tempahan serta keterangan lanjut boleh menghubungi Syed Mahdi di 012-286 2156. “Kebanyakan petua kecantikan dan kesihatan saya datang daripada arwah emak dan ayah saya. “Kita semua adalah hak Allah dan kita perlu menjaga apa yang diamanahkan olehNya dengan baik.

“Syukur kepada Tuhan saya masih boleh sujud dan rukuk dengan sempurna sehingga sekarang berkat penjagaan diri dari awal,” ujar seniwati yang dikurniakan enam orang anak, 31 orang cucu dan bakal menimang seorang cicit Julai ini. Tambahnya, jika sambutan menggalakkan, dia akan menyalurkan sedikit dari hasil kutipan kepada Persatuan Karyawan Malaysia bagi membantu dana artis veteran yang memerlukan.

Tawar hati dengan dunia lakonan

Berbicara tentang dunia lakonan pula, menurut penulis buku Petua Kecantikan Daripada Datuk Sarimah Ahmad – Luar & Dalam terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. ini berkata, sebetulnya beliau sudah tawar hati untuk berlakon. Perasaan itu mula dirasakan selepas terkilan dengan nasib artis-artis vetera seangkatan dengannya yang tidak mendapat royalti yang sepatutnya terutamanya lakonan filem hitam putih dahulu sehinggalah ramai yang telah meninggal dunia.

“Ramai yang berkata untung menjadi saya kerana berlakon dalam filem yang hari-hari diulang tayang sehingga sekarang, realitinya tiada apa yang menguntungkan. “Filem-filem seperti Madu TigaAli Baba Bujang Lapok dan sebagainya yang sehingga kini menjadi pujaan orang ramai, sering disiar namun apa yang kami dapat hanyalah bayaran ketika kami berlakon ketika dahulu.

“Pada zaman itu saya hanya mendapat RM100 untuk lakonan saya sebagai Marjina dalam Ali Baba Bujang Lapuk manakala dalam Tiga Abdul pula tidak sampai RM2,000. “Hari ini hampir setiap hari filem lakonan saya disiarkan di kaca televisyen namun saya tidak pernah mendapat royalti. “Penat lelah kami menghiburkan orang ramai tidak dihargai sedangkan sudah 30 tahun, sampai sekarang filem kami dimainkan,” ujarnya kecewa.

Namun tidaklah terus menutup hatinya kepada bidang lakonan, Sarimah berkata, jika dia terpanggil untuk berlakon dia hanya mahu watak yang membawa pengertian dan tauladan kepada dirinya dan orang yang menonton. Menggemari wataknya dalam drama bersiri Cinta Madinah yang disiarkan di RTM pada tahun 2005, Sarimah memberitahu, beliau gemar jika diberikan cerita yang berkisarkan keagamaan supaya boleh mendidik orang ramai dengan lakonannya itu.

Source of article: HERE.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s