Datuk Sarimah Ahmad ‘Tokoh Seniman 2013′

Datuk Sarimah Ahmad received the Anugerah Tokoh Seniman 2013, at the Majlis Mesra Seniman Malaysia 2013 in conjunction Hari Seniman at Saloma Bistro. She received the award from Tourism and Culture Minister Datuk Seri Nazri Abdul Aziz .

Story here.


Video clip by Awani Njoi

More news here too:
RM30,000 untuk seniwati Sarimah sebagai Tokoh Seniman 2013
Tokoh Seniman 2013: ‘Tak dijangka langsung’
Primadona Filem Melayu Dato’ Sarimah Ahmad Di Anugerah Tokoh Seniman 2013

 

Rais lawat Aziz Satar, sampai sumbangan Karyawan

2 Disember 2013
Sumber: www.sinarharian.com.my

Aziz Sattar (Gambar dari http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/7/2/mstar_hiburan/20120701184327)

Aziz Sattar (Gambar dari mstar.com.my)

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Satar, 88, yang mengalami komplikasi jantung sejak setahun lepas, berkata kegiatan seninya kini terbatas kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Kalau dijemput ke sesuatu majlis bukan saya tidak mahu datang, maklumlah orang ada penyakit, selalu ke tandas. Kalau kesihatan mengizinkan saya akan pergi,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Penaung Persatuan Karyawan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim di kediamannya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, di sini, hari ini.

Rais, yang merupakan Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, turut menyampaikan sumbangan wang tunai hasil kutipan persatuan Karyawan berjumlah RM5,000 kepada Abdul Aziz.

Turut hadir Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez dan Seniwati Datuk Sarimah Ahmad. Rais memberitahu pemberita baginya Abdul Aziz merupakan seorang yang berbakat besar dan “umpama sebuah institusi dalam dunia lakonan.” – Bernama

Sumber: www.sinarharian.com.my

 

.