Seniwati Sarimah: “Terima kasih Allah Taala, Saya Masih Hidup” (2011)

May 8, 2011
From: mynewshub.my/bm

-

KUALA LUMPUR – Seniwati Sarimah Ahmad yang menempa kemasyhuran di era studio perfileman hitam putih di Jalan Ampas era 60-an dan 70-an menyambut ulangtahunnya ke-69 dengan penuh kesyukuran kepada Allah Taala kerana diberikan kesempatan untuk terus hidup.

Katanya, penyakit barah hidung dan otak tahap empat yang pernah dideritanya setahun yang lalu berjaya diharungi atas takdir yang ditentukan oleh Allah Taala yang mendorong segenap insan di sekeliling beliau untuk membantunya.

“Selain ahli keluarga terdekat terutama anak-anak dan cucu-cucu saya, saya berjaya untuk hidup sehingga hari ini, walau pernah dibertahu oleh doktor ada waktu tiga bulan sahaja untuk hidup, atas bantuan Tuan Syed Putra Meir,” katanya pada majlis sambutan ulangtahun beliau itu yang diadakan oleh Persatuan Karyawan Malaysia, baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung secara sederhana di Restoran Warisan, di sini turut dihadiri oleh ramai rakan artis antaranya penyanyi veteran Samsudin Lamin, Rohana Jalil, Salwa Abdul Rahman, Fazli Zainal, Hazami, Imuda, pengarah Hafsham dan kenalan rapat Sarimah.

Pada majlis itu, Imuda turut mengambil kesempatan dengan menghadiahkan sebuah potret hasil tangannya kepada Sarimah sebagai tanda penghargaan terhadap seniwati itu.

Sarimah yang dilahirkan pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan, Pahang mula menempa nama dalam industri perfileman apabila bakatnya dicungkil oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan diberi pengenalan umum menerusi filem Ali Baba Bujang Lapok.

Dianggap sebagai seorang yang cepat bersinar bintangnya. di antara filem-filem lain yang digandingkan bersama P.Ramlee ialah Ibu Mertuaku, Madu Tiga, Tiga Abdul, Kanchan Tirana dan Dr Rushdi sehingga meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Dia Ibuku pada Festival Filem Malaysia ke-2 tahun 1981.

Mengulas lanjut, Sarimah berkata, Tuan Syed Putra Meir yang mengusahakan Vitamin B-17, harapan terakhir untuk kanser mengubatinya sehingga sembuh seperti sediakala walaupun beliau pernah mengalami pelbagai simptom akibat barah itu seperti lidah menjadi keras dan mata semakin rabun.

Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, Sarimah adalah lambang seniwati negara atas sikap beliau yang cukup tinggi prinsip, berdisiplin serta prihatin terhadap keadaan sekeliling terutama kebajikan para artis.

Selain berbekalkan bakat lakonan yang cukup istimewa, Sarimah juga sentiasa tabah dalam mengharungi dunia seni tanahair dan ketabahan itu jelas tergambar apabila beliau berjaya mengharungi penyakit barah yang dihidapi beliau setahun yang lalu, kata Freddie lagi.

-

Hakcipta terpelihara  oleh mynewshub.my/bm

.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s