Monday, 15 October 2012
Sumber: www.malaysiandigest.com
.
Seniwati Negara, Datuk Sarimah Ahmad masih teringat pengalamannya pahitnya digigit lintah ketika menjalani penggambaran di Sik, Kedah.
Memetik kenyataan di Sinar Harian, menurutnya kejadian berlaku 29 tahun lalu ketika penggambaran filem Ranjau Sepanjang Jalan, selama tiga bulan di situ.
Sarimah yang masih anggun walaupun sudah mencecah usia 70 tahunberkata, dia langsung tidak mengetahui mengenai selok-belok kampung di Kedah kerana berasal dari Pahang.
“Hendak pula apabila ada di antara babak yang perlu kami masuk sawah, saya hanya terbayangkan lintah sahaja pada masa itu dan bayangkan saya begitu geli sehingga masih terasa digigit sehingga kini.
“Disebabkan tidak mahu ‘anak-anak’ saya di dalam filem berkenaan geli pada lintah, saya sendiri masuk ke sawah dan mengajak mereka bersama, pada masa itu yang menjadi ‘anak’ saya antaranya Marlia Musa isteri kepada M Nasir sekarang dan Melissa Saila anak kepada seniwati, Mariani.
“Saya memberanikan diri masuk ke dalam bendang kerana jika saya takut sudah pasti mereka juga takut, tetapi pada masa itu lintah terus keliling kaki saya dan saya terpaksa memejamkan mata untuk buang kesemuanya,” katanya.
Pengalaman tersebut dikongsi beliau ketika menjadi panel Forum Filem Ranjau Sepanjang Jalan di Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini. Forum berkenaan diadakan sempena Persidangan Kebangsaan Shahnon Ahmad Dalam Sastera, Budaya dan Media.
Hakcipta mD
.
Like this:
Like Loading...